NAMA: ZURAIDAH BINTI JAAFAR
UMUR: 44
AHLI: 2024
Latar belakang
Puan zuraidah merupakan seorang suri rumah. Mula mendaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2024. Sebelum beliau terlibat dengan program perkhidmatan pintar, beliau sering juga datang ke NADI untuk membuat urusan persekolahan anak-anak beliau.
Sebelum penglibatan program perkhidmatan pintar di NADI
Puan Zuraidah berminat dan rajin untuk belajar kemahiran menjahit. Ini kerana sebelum ini beliau telah belajar melalui video di youtube untuk menjahit baju kurung kerana beliau merasa kemahiran menjahit perlu untuk beliau pelajari bagi memudahkan beliau untuk menjahit baju sekolah anaknya sendiri. Beliau juga telah membeli sebiji mesin jahit untuk beliau belajar di rumah. Belajar melalui youtube beliau kurang faham kerana pengajarnya mengajar secara laju dan sukar untuk beliau mendapatkan ukuran yang betul.
Selepas penglibatan program perkhidmatan pintar di NADI
Beliau telah menyertai kelas mahir jahit ambilan pertama yang diadakan di NADI setiap minggu, beliau merasakan ini merupakan satu peluang untuk beliau belajar kemahiran menjahit. Setiap minggu beliau menghadiri kelas dan bersemangat untuk belajar mengukur dan mendraf pola baju kurung mengikut jenis baju kurung yang diajar. Selain itu, beliau juga telah dapat menghasilkan apron,baju kurung pesak dan baju kurung moden.

