NAMA : NORAZINA BINTI APRI
UMUR : 44
AHLI : 2022
Latar belakang
Puan Norazina, mula mendaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2022. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Namun beliau seorang yang aktif mengikuti program dan Persatuan di Felda Selancar 1. Beliau telah mengikuti persatuan Kami Anak Peneroka dan pada tahun ini beliau dilantik sebagai Setiausaha persatuan KAF. Pada kini, semua urusan melalui dalam talian dan sebagai seorang setiausaha, beliau perlu mengetahui cara untuk mengendalikan komputer bagi memudahkan urusan persatuan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Pada mulanya, Puan Norazina, kurang ilmu penggunaan komputer dan asas teknologi iaitu cara menggunakan Microsoft office yang terdiri Microsoft word, Microsoft excel dan Microsoft powerpoint. Maka beliau ingin belajar agar beliau dapat menyelesaikan segala tugas yang diberi dengan sebaiknya. Beliau telah meminta petugas NADI untuk memberi tunjuk ajar dengan mengikuti kelas dan bimbingan daripada petugas untuk mempelajari mengenai ICT.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI Dengan menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas NADI Felda Selancar 1, beliau dapat menggunakan Microsoft office dengan baik. Beliau dapat membuat minit mesyuarat dan menaip nama ahli persatuan dengan menggunakan Microsoft word. Seterusnya, beliau juga dapat membuat segala tugas persatuan dengan mudah dan baik.
