mcmc
Kisah Kejayaan

Q2-2025-PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR-MUHAMMAD AMJAD IMAN BIN AZMAN

NAMA: MUHAMMAD AMJAD IMAN BIN AZMAN

UMUR : 17 TAHUN

AHLI : 2023

Latar belakang

Saudara Amjad mula berdaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2023. Beliau merupakan pelajar tingkatan 5. Beliau sering datang ke NADI untuk menyiapkan kerja sekolah dan pada masa lapang beliau melayari internet.

Sebelum penglibatan program perkhidmatan pintar di NADI

Saudara Amjad memang melibatkan diri dalam e-sukan Mobile Legend. Selesai menyiapkan tugasan, beliau akan bermain mobile legend bersama rakannya. Sebelum penglibatannya dalam programperkhidmatan pintar di NADi, beliau hanya bermain untuk menaikkan ranked match tanpa tahu kepentingan dan kadangkala beliau tidak dapat menghormati permain lain dan tidak dapat menerima kekalahan.

Selepas penglibatan program perkhidmatan pintar di NADI

Beliau telah menghadiri kelas kesedaran dan dapat belajar memahami cara yang betul untuk bermain mobile legend, selain itu, dapat mengembangkan kemahiran dalam mobile legend iaitu fahami build item, emblem dan spell yang sesuai. Seterusnya, beliau juga telah mencari dan membuat satu pasukan yang mewakili NADI Felda Selancar 1 dalam menyertai pertandingan Mobile Legend peringkat negeri Pahang. Permainan yang konsisten setiap perlawanan telah melayakkan pasukan beliau berada di separuh akhir perlawanan dan setiap kali perlawanan beliau merupakan permain paling cemerlang iaitu “Most Valuable Player”.