mcmc
Kisah Kejayaan

Q2-2024-CELIK ICT-IZZATIE NAJWA BINTI MOHD IBRAHIM AZHAR

NAMA: IZZATIE NAJWA BINTI MOHD IBRAHIM AZHAR

UMUR: 19

AHLI: 2022

Latar belakang

Saudari Izzatie Najwa, mula mendaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2022. Masa beliau bergelar pelajar sekolah, beliau sering datang ke NADI untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah serta melayari internet untuk mencari info-info pengetahuan yang baru. Selepas habis sekolah, beliau masih datang ke NADI meminta bantuan petugas NADI untuk beliau membuat persiapan untuk mencari pekerjaan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Saudari Izzatie Najwa kurang ilmu untuk membuat persiapan mencari kerja, iaitu dari segi membuat resume, mencari kerja kosong dalam talian, membuat akaun linkendln, jobstreet dan sebagainya. Justeru, beliau ingin belajar dan membuat persiapan yang terbaik untuk mencari kerja, beliau telah meminta petugas NADI untuk memberi tunjuk ajar dengan mengikuti kelas dan bimbingan daripada petugas untuk membuat persiapan mencari kerja yang betul.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI

Dengan menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas NADI Felda Selancar 1, beliau dapat membuat resume dengan format yang betul, dapat membuat akaun linkendl dan dapat mencari pekerjaan dengan cara yang betul iaitu melalui jonstreet. Seterusnya, beliau kini dapat mencari pekerjaan dengan menggunakan laman web yang betul, sekaligus dapat mengelakkan beliau daripada terpedaya dengan laman web pekerjaan yang menipu dan dapat membuat persiapan sebelum mencari pekerjaan.