mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2026-PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR- MUHAMMAD LUQMAN

NAMA: MUHAMMAD LUQMAN BIN MUHAMMAD ABDUL GAPOR

UMUR : 12

AHLI : 2023

Latar belakang

Saudara Luqman mula berdaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2023. Beliau merupakan seorang pelajar sekolah. Kini beliau sebagai pelajar Tahun 6.  Beliau sering datang ke NADI untuk mengikuti kelas yang dianjurkan di NADI. Selain itu, pada masa lapang beliau melayari internet di NADI.

Sebelum penglibatan program perkhidmatan pintar di NADI

Saudara Luqman sering mengikuti kelas di NADI, antara kelas yang diikuti beliau kelas ICT yang dibimbing oleh petugas NADI dan Kelas Kesedaran melalui webinar dalam talian. Setiap hujung minggu, beliau akan datang ke NADI untuk mengikuti kelas yang dianjurkan. Selesai mengikuti kelas tersebut, beliau akan menyiapkan kerja sekolah atau melayari internet. Hal ini demikian kerana beliau sering melayari internet, maka beliau perlu didedahkan dengan ancaman dan penggunaan internet yang baik

Selepas penglibatan program perkhidmatan pintar di NADI Beliau telah menghadiri kelas kesedaran melalui webinar dalam talian. Dengan mengikuti kelas kesedaran perkhidmatan pintar beliau dapat belajar ancaman yang bahaya yang boleh dapat jika melayari internet tanpa bimbingan. Selain itu, terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari dan manfaat yang boleh dapat dengan mengikuti webinar kesedaran ini antaranya Tahu cara guna internet dengan selamat
Belajar elak penipuan online (scam), phishing, dan laman web berbahaya. Dapat melindungi maklumat peribadi dengan tahu dan faham apa yang boleh dan tidak boleh dikongsi. Elak berlaku buli siber (cyberbullying) dan sebagainya.