mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2024-USAHAWAN-MOHD NORAMAN BIN ROHIM

NAMA: Mohd Noraman Bin Rohim 

UMUR : 26

AHLI : 2022

Latar belakang

Saudara Aman menceburi bidang perniagaan pada tahun 2023 dengan menjual pakaian terpakai “bundle”. Pada mulanya, beliau hanya menjual pakaian bundle di pasar karat di bandar. Hasil usaha beliau yang gigih, kini beliau dapat menyewa kedai di bandar yang dikenali ‘Toko Pecah”. Namun, beliau masih giat menjual pakaian bundle di pasar karat dan bazaar-bazaar yang ada.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan

Sebelum menjadi ahli, beliau kurang mahir dalam pengetahuan ICT. Beliau belum pernah menghadiri sebarang kursus komputer di mana-mana pusat komputer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Namun begitu,beliau memanfaatkan kewujudan NADI Felda Selancar 1 dengan menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di sini. Iaitu beliau belajar cara menggunakan Microsoft word dengan lebih mahir, belajar membuat poster perniagaan. tanda harga dan mempelajari menguruskan kewangan perniagaan beliau.