mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

LAMAN KELULUT SELANCAR

MADULICIOUS SELANCAR – MADU KELULUT

Jika berkunjung ke FELDA Sealncar 1, pengunjung pastinya tertarik untuk melihat keunikan seni Laman Kelulut yang diusahakan oleh saudara Shamsuddin Bin Masri. Beliau merupakan anak peneroka Felda Selancar 1 dan telah memulakan ternakan lebah madu kelulut ini kira-kira beberapa tahun yang lalu.

Encik Shamsuddin Masri merupakan usahawan dibawah Program Agropreneur Muda MAFI pada tahun 2018 dan telah menerima geran Agropreneur Muda berjumlah RM 15,000.00 bagi melaksanakan projek ini. Perusahaan ternakan lebah kelulut ini di usahakan hanya di tepi laman rumahnya sahaja dan telah diubahsuai menjadi laman kelulut yang cantik dan menarik perhatian jika berkunjung ke laman tersebut.

Sehingga kini, tuaian madu dianggarkan berjumlah 50kg daripada 20 sarang kelulut. Beliau telah menghasil produk hiliran seperti sabun, minyak aromaterapi dan juga balm selain daripada madu yang dibotolkan mengikut saiz yang dikehendaki oleh pelanggan.
Selain memasarkan produk secara off line di kawasan sekitar, beliau juga telah memasarkan produk secara digital di platform SHOPEE dan sosial media yang lain.
 
 
Laman Kelulut Madulicious Selancar
 
KELULUT 2
 
Encik Shamsuddin Bin Masri bersama lebah kelulutnya