Kemudahan Internet dan fasiliti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) boleh dimanfaatkan untuk mereka yang terlibat dengan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pihaknya akan menyelaraskan agar kesemua NADI di bandar-bandar utama yang terlibat dengan pelaksanaan dasar berkenaan agar boleh digunakan oleh komuniti setempat dan penjawat awam yang terlibat dengan dasar itu.
Berita penuh — https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2541255
