| TARIKH | 07/02/2026 |
| MASA | 10.00AM- 11.00AM |
| TEMPAT | NADI FELDA SELANCAR 1 |
| PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN KELAS
1. Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Siber
Peserta didedahkan dengan risiko seperti penipuan dalam talian (scam), buli siber, kecurian identiti dan penyebaran maklumat palsu serta cara melindungi diri di dunia digital.
2. Membentuk Sikap Bertanggungjawab
Memberi kefahaman bahawa setiap tindakan di media sosial mempunyai kesan dan implikasi undang-undang. Peserta belajar berfikir sebelum berkongsi atau memuat naik sesuatu.
3. Menggalakkan Etika dan Adab Digital
Mendidik peserta supaya berkomunikasi secara berhemah, menghormati privasi orang lain dan tidak menyebarkan kandungan negatif.