mcmc
Maklumat PEDi

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Portal

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) FELDA SELANCAR 1

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
NADI Felda Selancar 1 menawarkan latihan ICT/Keusahawanan secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 JUMLAH KEAHLIAN :
NADI Felda Selancar 1 telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada Februari 2022. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Felda Selancar bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

  AHLI LAMA

400

  AHLI BARU BULAN NOVEMBER 2024

10
KESELURUHAN PADA NOVEMBER 2024 403
KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

PENGURUS
 
Nama : Cik Wan Noorafirah Binti Wan Ramli
Mula berkhidmat : 7 Februari 2022
PENOLONG PENGURUS
WhatsApp-Image-2023-05-28-at-10.33.40-AM
Nama : Awadah Binti Mohamad 
Mula berkhidmat : 5 Disember 2022