mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT BULAN OKTOBER 2025

TARIKH18/10/2025
MASA10.00AM-11.00AM (SEKOLAH RENDAH)
11.00PM-12.00PM (SEKOLAH MENENGAH)
TEMPATNADI FELDA SELANCAR 1
PESERTA6 ORANG

Kempen Internet Selamat bulan Oktober 2025 :

  1. Deepfake dan AI Selamat ke?

Kempen ini selaras dengan isu semasa dunia digital — penggunaan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas, termasuk dalam penyuntingan imej, suara dan video. Ramai pengguna, terutama pelajar dan orang awam, belum sedar risiko penipuan digital seperti deepfake (video atau gambar palsu yang nampak seperti benar).

Program ini mendidik masyarakat tentang bagaimana AI boleh digunakan secara positif, dan bagaimana mengelak penyalahgunaan yang menjejaskan keselamatan, reputasi dan privasi.

2. Penipuan Pembelian dalam Talian

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap risiko penipuan pembelian dalam talian serta memupuk amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.

Peserta diberi pendedahan tentang jenis-jenis penipuan atas talian, tanda-tanda laman palsu, dan kaedah pembelian yang selamat. Program turut menekankan kepentingan melindungi maklumat peribadi, menggunakan kaedah pembayaran yang selamat, serta mengetahui saluran rasmi untuk membuat aduan, seperti Cyber999 dan CCID Polis Diraja Malaysia.

Melalui kempen ini, peserta diharap dapat menjadi pengguna digital yang lebih bijak, berhati-hati dan beretika, sekali gus menyokong usaha ke arah persekitaran internet yang lebih selamat di Malaysia.

Gambar Disini: