| TARIKH | 07/07/2025 |
| MASA | 02.30PM-04.00PM |
| TEMPAT | NADI FELDA SELANCAR 1 |
| PESERTA | 6 ORANG |
TUJUAN KELAS :
Kelas Mahir: Jom Belajar Buat Tote Beg Sendiri” telah disertai terdiri daripada peserta yang terdiri daripada pelajar serta suri rumah untuk mempelajari kemahiran asas menjahit secara praktikal. Sepanjang kelas berlangsung, peserta diajar cara menghasilkan tote beg sendiri dengan menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati.
Melalui program ini, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan daya kreativiti dan ketelitian, malah turut diterapkan nilai-nilai murni seperti kesabaran, berdikari dan kepentingan penggunaan semula bahan (recycle). Aktiviti ini juga menggalakkan minat terhadap bidang kemahiran hidup serta membuka ruang kepada peserta untuk menjana idea ke arah keusahawanan. Akhir sekali, peserta dapat menghasilkan tote bag sendiri dengan pelbagai warna.