mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-CELIK ICT-JARIAH BINTI JAAFAR

NAMA: JARIAH BINTI JAAFAR 

UMUR : 56 TAHUN

AHLI : 2022

Latar belakang

Puan Jariah merupakan seorang peniaga kecil-kecilan. Selain itu, beliau juga memengang jawatan sebagai setiausaha Amanah Ikthiar (AIM). Maka beliau sering datang ke NADI untuk belajar penggunaan microsoft dan menyelesaikan kerja-kerja persatuannya. Mula mendaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2022.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Puan Jariah kurang ilmu untuk menggunakan microsoft dan penggunaan internet. Namun begitu, beliau perlu mengetahui mengenai internet agar beliau dapat menyelesaikan kerja-kerja dan urusan-urusan rasmi dengan agensi yang menggunakan laman internet rasmi sahaja. Beliau telah meminta petugas NADI untuk memberi tunjuk ajar dengan mengikuti kelas dan bimbingan daripada petugas untuk melayari internet dan memastikan laman web yang betul untuk membuat urusan-urusan rasmi.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI

Dengan menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas NADI Felda Selancar 1, beliau dapat menggunakan internet dengan betul sekaligus beliau dapat membuat segala urusan rasmi yang menggunakan portal yang betul.