mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2024-CELIK ICT-KAMALIA MAISARA BINTI ABDULLAH 

NAMA : KAMALIA MAISARA BINTI ABDULLAH 

UMUR : 16

AHLI : 2022

Latar belakang

Saudari Kamalia Maisara merupakan seorang pelajar tingkatan 4, mula mendaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2022. Beliau bersekolah di asrama, pada cuti sekolah beliau sering datang ke NADI untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah serta melayari internet untuk mencari info-info pengetahuan yang baru.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI

Saudari Kamalia Maisara kurang ilmu untuk menggunakan aplikasi Scratch kerana beliau tidak didedahkan dengan penggunaan aplikasi Scratch. Namun begitu, pada tahun ini beliau perlu membuat tugasan dengan menggunakan aplikasi scratch iaitu satu aplikasi yang tidak pernah beliau belajar, justeru atas kesedaran ingin belajar dan menyiapkan tugasan tersebut, beliau telah meminta petugas NADI untuk memberi tunjuk ajar dengan mengikuti kelas dan bimbingan daripada petugas untuk menggunakan aplikasi atau software scratch tersebut.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI

Dengan menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas NADI Felda Selancar 1 sepanjang cuti sekolah, beliau dapat membina satu cerita animasi dengan menggunakan elemen-elemen yang ada dalam aplikasi Sractch sekaligus, beliau dapat membina cerita animasi serta permainan mudah yang boleh disampaikan kepada audiens yang lain. Beliau kini dapat menguasainya dengan baik pada peringkat asas dalam penggunaan aplikasi Scratch. Beliau juga sedang mempelajari dengan lebih mendalam mengenai aplikasi scratch.